Tuesday, 2 August 2016

Baru nak bermula (NEWBIE)

Adakah anda Newbie???




Cerita Forex saya...

Saya pun pernah jadi NEWBIE seperti anda.
Saya tau bagaimana perasaan tak tahu. Perasaan gementar dan takut duit lebur dalam pasaran forex. Dan saya faham sangat perasaan ingin tau yang kuat untuk turut merebut peluang menjana income dalam Forex. Kos sara hidup yang semakin meningkat dan juga kecenderungan kita untuk bekerja mengikut masa sendiri. 


Ini membuatkan saya ingin mendalami ilmu forex supaya boleh berhenti kerja dan trade forex sepenuh masa (FTT). Saya dah trade forex selama 5 tahun dan banyak yang saya dah lalui. Ada yang indah dan ada yang pahit, tapi kebanyakan mmg pahitlah. Saya telah membuat banyak kesilapan dalam perjalanan forex ini. Ada ketika kita sudah merasakan kita sudah "masta" kerana berjaya menjana profit dengan amat mudah, contohnya berbekalkan modal 1000 USD, saya pernah berjaya membuat profit 2000 USD dalam masa sehari saja. Pada keesokannya saya teruskan dan berjaya membuat lagi profit sebanyak 1000 USD dan ini menyebabkan saya telah "Over Confident" dan akhirnya saya loss kesemua profit tadi bersekali dengan modal. Ini adalah satu contoh kesilapan saya dan saya terkena dgn cara ini berulang-ulang kali, x juga serik-serik, malahan saya terus membuat pinjaman bank sehinggalah pinjaman saya kepada Bank telah pun mencecah RM100,000. Sebenarnya dalam hal seperti ini, kita bukan saja telah kerugian wang ringgit, tapi sebenarnya kita juga telah kerugian masa bersama keluarga, kerugian kesihatan fizikal dan mental, kerugian dari psikologi dan yang paling sedih adalah semua usaha kita " all the efforts goes to the Drain", kira penat lelah kita sia-sia sahaja. Hampa, sedih, geram, marah, dendam, menyumpah dan macam2 lagi perasaan akibat loss dalam trading forex.

Oleh sebab itu, saya suka menasihatkan para pendatang baru Forex, atau pun Newbie, ambillah masa untuk mendalami forex, percayalah terdapat 1001 ilmu dalam forex trading. Jangan terlalu taksub dengan satu2 Teknik kerana forex tidak tetap dan sering berubah-ubah. Loss sudah pasti, profit belum tentu. Jangan terlalu excited, rileks2 saja, cool dalam mendalami forex. Ada banyak rahsia-rahsia dalam forex, ada perkara yang boleh dipelajari dengan sifu, tp ada jugak yang kita dapat melalui pengalaman sendiri.

Kesilapan Lazim Oleh NEWBIE:

1. Cari info kat forum sepanjang hari.
Ini kesilapan yang saya sendiri pernah lakukan apabila baru nak belajar forex. Cuba bayangkan, anda search kat Google untuk info tentang Forex di Malaysia, seterusnya, anda klik satu link yang membawa anda ke satu forum.
Forum tentang Forex rupanya..
Jangan biarkan forum mengambil masa anda untuk belajar. Info dekat forum percuma tidak semestinya betul.
Info di forum akan menyesatkan anda!
Saya mencadangkan supaya belajar forex dari guru-guru forex yang berpengalaman seperti Khalid Hamid, pengasaTeknik Forex Sebenar.
Jika anda berminat, anda boleh baca review tentang Teknik Forex Sebenar dan tentukan samada ianya sesuai untuk anda.
Anda mungkin perlu bayar untuk dapat ILMU tapi ini lebih baik daripada terpesong oleh ajaran forex sesat kat luar sana...
2. Belajar guna indicator, bukan Asas Forex.
Di sini ramai yang silap..Ramai yang belajar guna indicator tanpa memahami teori di sebalik penggunaan indicator tersebut.
Jika indicator bagi isyarat warna merah, buy, jika warna biru, sell.
Jika anda rugi, siapa yang harus dipersalahkan?
Tentu lah diri anda sendiri sebab tak ikut nasihat saya. Anda perlu tahu asas forex – candlestick, support and resistance, trade time frame berbeza, masa sesuai untuk trade dan sebagainya jika anda nak “hidup” dalam ranjau berduri forex. Forex trader yang guna indicator atau expert advisor tak akan tahan lama dalam forex. Jika anda nak berjaya dalam forex, anda mesti belajar asas. Takde cara lain!

3. Terlalu fokus nak cari forex broker terbaik.
Fokus utama anda sebenarnya adalah untuk belajar dan memahirkan diri membaca trend pasaran, membuat entry yang tepat, mengamalkan money management yang betul…bukannya mencari forex broker yang terbaik. Instaforex adalah forex broker yang baik. Kenapa nak cari yang lain lagi? Jangan buang masa mencari broker yang “sempurna”. Benda itu memang tak wujud. Lagi baik fokus benda yang lebih bermanfaat seperti buat banyak duit dari forex.
4. Mengabaikan Money Management.
Money management sangat penting. Ianya lebih penting daripada teknik dan sistem forex yang anda guna. 95% forex trader gagal buat duit dari forex sebab mengabaikan prinsip penting ini. MM dalam bahasa mudahnya adalah ketahanan akaun anda apabila dilambung ombak ganas. Jika anda betul-betul nak berjaya dalam forex, money management adalah satu prinsip yang anda tak boleh elak. Anda perlu belajar dan amalkannya.
5. Tamak.
Perlu kah saya terangkan lanjut?
Sifat tamak dan tak puas hati dengan duit profit yang diperolehi lah salah satu sebab mengapa ramai trader akhirnya gagal buat duit dalam forex.
Apabila sifat tamak dah menguasai, duit modal yang tinggal dipertaruhkan sampai habis!
Nama teknikal untuk situasi ini adalah Margin Call (MC). Ramai trader yang saya kenal selalu MC..Apabila ditanya apa sebab, mereka akan jawab salah sendiri sebab tamak. Saya ada ternampak video dekat Youtube berkaitan seorang trader Instaforex dari Malaysia yang membuat USD 1 Juta dalam 2 bulan dengan hanya berbekalkan modal USD 1000.
1 Juta USD…wow!
Malangnya, semua duit profit beliau LEBUR begitu sahaja dalam hanya beberapa hari..huhu..sedihnya!
6. Sentiasa tukar-tukar sistem forex.
Kesilapan yang sering dibuat oleh trader adalah mencari sistem forex yang sempurna. Malangnya, takde sistem yang sempurna. Kadang-kadang, market memang tak akan selari dengan analisis yang kita buat biar pun kita dah buat analisis sebaik mungkin.
Biasanya apabila market tak ikut “kehendak” kita, kita akan terus ubah teknik atau sistem forex yang digunakan.

Ada pula trader yang bertukar sistem setiap bulan! Trader yang bertahan lama dalam forex dan buat duit yang banyak adalah trader yang menguasai Teknik Forex yang betul dan mengamalkan money management yang betul sewaktu trade.

Kesimpulan
Jangan lakukan kesilapan forex yang dinyatakan kat atas. Dapatkan bimbingan jika anda masih baru dalam Forex. Jika anda selalu lose trade, kenalpasti kat mana anda silap. Diharapkan anda mengecapi kejayaan sebagai Forex trader 
Selamat Trade!
P.S. Saya nak ingatkan sekali lagi, jika anda berminat, saya nak mempelawa anda untuk trade Forex dengan Instaforex, broker No #1 di Malaysia! 

Buka akaun anda di sini: http://instaforex.com/en/index.php?x=JNXI

Best of Luck

3 comments:

  1. Saya sgt bersetuju dgn pendapat anda....newbie jgn hanya belajar sendiri menerusi buku atau internet...tapi mestilah mempunyai guru!

    ReplyDelete
  2. Saya sgt bersetuju dgn pendapat anda....newbie jgn hanya belajar sendiri menerusi buku atau internet...tapi mestilah mempunyai guru!

    ReplyDelete