MASIH RAMAI YANG TAK FAHAM....
MALAS NAK BACA PANJANG-PANJANG....
Dibawah saya terangkan secara ringkas....
Apakah Forex?
Forex adalah singkatan Foreign Exchange yang
bermaksud Tukaran Matawang Asing.
Apakah yang didagangkan dalam Forex?
Dagangan yang dilakukan adalah atas
pergerakan turun naik nilai tukaran matawang (instrumen). Cth: Tukaran Matawang
dari Pound Sterling ke USD adalah USD1.5910 bagi 1 Pound Sterling. Maka,
pergerakkan turun naik tukaran inilah yang dijual/beli untuk mendapatkan keuntungan.
Bagaimana boleh memperolehi keuntungan
dari pergerakan matawang?
Merujuk kepada contoh di atas, sekiranya kita
SELL/JUAL bila nilai tukaran menurun, kita akan mendapat keuntungan dan
sekiranya kita BUY/BELI bila nilai tukaran menaik, kita akan mendapat
keuntungannya.
Bagaimanakah dagangan dilakukan?
Dagangan dilakukan secara online menggunakan
platfrom MetaTrader 4 (MT4) yang di sediakan oleh broker.
Siapakah broker yang akan digunakan?
Broker dagangan yang akan digunakan adalah
broker luar negara yang berlesen dan dikawal selia.
Berapakah modal yang diperlukan untuk
memulakan dagangan?
Modal serendah USD500.00 .
Adakah dagangan forex dibenarkan di
Malaysia?
Di Malaysia, dagangan forex hanya dibenarkan
melalui broker-broker yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.
Adakah dagangan forex melalui online
dibenarkan di Malaysia?
Pihak BNM tidak melarang rakyat Malaysia
berdagang forex secara online asalkan pedagang mempunyai ilmu dan memilih
broker yang berlesen serta dikawal selia.
Adakah dagangan forex HARAM?
Dagangan forex adalah satu urusniaga yang
HARUS. Dagangan forex mestilah dijalankan tanpa SWAP/caj oleh broker. Pedagang
forex juga mestilah memahami cara-cara dagangan forex agar ianya didagangkan
dengan cara yang betul dan mendatangkan keuntungan kepada pedagang.
Kenapa Forex
Tiada yuran pengurusan, tiada yuran clearing,
tiada caj oleh kerajaan, tiada yuran broker. Kebanyakan broker hanya mengambil
keuntungan melalui spread jual beli.
Dalam dagangan pasaran spot Forex, tiada
orang tengah yang membantu anda membuat dagangan. Anda berdagang secara terus
dengan broker melalui platform yang disediakan mengikut matawang yang ingin
didagangkan.
Tiada tetapan lot untuk anda berdagang. Boleh
berdagang dengan modal serendah USD500.00
Kos transaksi (spread) yang amat rendah,
bergantung pada leverage yang digunakan.
Dagangan dijalankan 24 jam, 5 hari seminggu.
Perbandingan Forex dan saham
Penerangan Lanjut boleh menghubungi saya atau tinggalkan komen anda dibawah....
best of luck
Halo, boleh saya minta kontak anda? bila anda berkenan, saya ingin mendiskusikan kerja sama. Terimakasih
ReplyDelete