Saturday 20 August 2016

MAKSUD SPREAD, PIPS, LOT, MARGIN DAN LEVERAGE DALAM FOREX

Bagi Anda yang baru terjun dalam bidang Trading Forex tentu banyak perkara yang harus dipelajari, termasuk istilah-istilah dalam forex, contohnya, apa itu leverage, spread, atau margin, dan sebagainya. Bagi Anda yang bukan dalam bidang ekonomi sudah tentu blurr skit dengan istilah tersebut. Berikut ini adalah penjelasan ringkas istilah-istilah trading forex tersebut yang saya cuba jelaskan secara mudah difahami.

Apakah Pip?

Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Jika harga naik daripada 1.4100 ke 1.4101, dikatakan telah naik 1 pip. Apabila harga turun daripada 1.4101 ke 1.4100, ia dikatakan telah turun 1 pip. 1PIP - 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada currency pair yang anda pilih 



  • Dalam rajah di atas ini GBP/USD mempunyai unit ukuran 0.0001 untuk 1 pip




  • Dalam rajah di atas ini USD/JPY mempunyai unit ukuran 0.001 untuk 1 pip

 Lot Margin dan Leverage

  • Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh broker iaitu akaun regular dan akaun mini.
  • Setiap transaksi atau urusniaga jual beli adalah dalam bentuk lot. Nilai 1 lot adalah berbeza untuk akaun regular dan akaun mini.
  • Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis akaun mengikut standard leverage iaitu 1:100 (leverage akan diterangkan dalam topit yang seterusnya)


  • Jika anda ingin membuka akaun regular atau mini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 lot. Jika anda ingin membuka akaun regular, dan broker mengenakan syarat minimum 4 lot untuk membuka akaun regular, maka anda perlu ada modal sebanyak 4000 USD kerana nilai 1 lot ialah 1000 USD.
  • Setiap kali anda trade atau membuat transaksi jual/beli, anda akan menggunakan sebahadian daripada modal anda. Ini dipanggil margin. Jika anda mempunyai modal sebanyak 5000 USD, anda menggunakan 1000 USD sebagai margin untuk anda trade. Selebihnya, 4000 USD digunakan sebagai reserve atau back-up margin

Leverage
  • Laverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman.
  • Apabila anda trade 1 lot untuk akaun regular, size lot itu ialah 100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak 100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.
  • Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu ada 1% daripada modal keseluruhan.
  • Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda
  • Contoh pengiraan:
Akaun Regular: 100,000 USD
Leverage: 1:100
-Ini bermakna anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1 lot
1% x 100,000 USD = 1000 USD
Oleh itu nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD



  • Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin tinggi semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.
  • Untuk semua leverage yang berbeza - beza, nilai 1 pip tetap sama bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot 1 USD dan 1 pip untuk 1 regular lot ialah 10 USD.
  • Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin membuka akaun mini, 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000 USD, anda boleh mendapat 10 lot. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.

Dengan modal 1000 USD, katakanlah anda menggunakan 100 USD margin untuk anda trade



Leverage yang besar akan memberi pulangan yang besar kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan leverage yang besar memerlukan money management yang betul. 

Begitulah sedikit penjelasan tentang apa itu spread, leverage, atau margin. Sebelum terjun dalam bidang forex dan membuka akaun REAL sebaiknya pelajari dulu dengan baik basic uatam dalam pasaran forex ini. Pada masa ini banyak trader yang berpengalaman bersedia untuk berkongsi dan tunjuk ajar dalam bidang forex, E-book dan juga maklumat yang banyak dalam internet mengenai forex.

Akhir sekali lakukan sedikit survey mengenai broker yang sesuai dengan cara trading anda. saya menyarankan untuk membuka akaun di Instaforex melalui link di bawah:


Whatsapp / Telegram 019-605 9761 untuk bantuan selanjutnya

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana dengan pips tuan,ada s belakangnya tu

      Delete