Sunday 27 November 2016

Grand Dinner InstaForex 2016

SEMUA CLIENTS INSTAFOREX DIJEMPUT HADIR



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua..

Dear Clients...Setiap tahun Instaforex akan mengadakan Majlis Makan Malam seperti ini untuk meraikan para pelanggan dan menambahkan lagi kepercayaan hubungan masing-masing, pada tahun ini (2016) Instaforex akan sekali lagi menganjurkannya...

Majlis Makan Malam Instaforex Tahun 2016 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:


Tarikh: 03.12.2016 (Sabtu)


Masa: 6 Petang – 11 Malam



Tempat: Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur

Pakaian: Ikut Suka (Lawa-lawa lah hehe)

 

Syarat bagi menghadiri Majlis Makan Malam yang percuma ini?

"ANDA HANYA PERLU MEMPUNYAI AKAUN DENGAN INSTAFOREX SEKURANG-KURANGNYA 100USD"

Untuk mengambil Bahagian dalam Majlis ini copy paste kan link di bawah ke Browser anda:

 

https://www.instaforex.com/ms/grand_dinner_2016.php

 

Para tuan/puan yang menetap di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Ipoh, Kedah, dan Pahang akan disediakan dengan kemudahan bas mewah untuk perjalanan pergi dan balik secara percuma ke majlis tersebut. (Isikan nak naik bas yg disediakan semasa isi form online tu)

APA YANG MENARIK DALAM GRAND DINNER NI?

1) Tempat pertemuan trader seluruh Malaysia, boleh jumpa client dan IB masing-masing untuk mengeratkan silaturrahim..maklumlah hanya berkomunikasi di alam maya sahaja.

2) Suasana tenang dan santai dapat berkenal-kenal dengan trader2 baru dan lama.

3) Pelbagai Cabutan Bertuah - termasuk hadiah Akaun Trading Instaforex

4) Persembahan artis-artis tanahair

 

Jadi jangan lepaskan peluang ini..jom mari kita meramai-ramaikan majlis...

klu ada sebarang persoalan atau x faham..silakan pm saya Whatsapp/Telegram 012-812 1030

-SELAMAT IB INSTAFOREX-

Sunday 6 November 2016

Take Profit (TP) dan Stop Loss (SL)

Take Profit (TP):


“Take Profit (TP)” dalam bahasa Melayunya…nak cakap gak ke?Tak yah la kan. Dalam meta trader 4,take profit digunakan untuk anda set price close order sekiranya posisi anda tersebut telah untung.Misalnya anda telah membuat order long (ingat tak long tu amende?) untuk pair GBP/USD pada harga 1.9900.Anda ingin close order anda pada keuntungan 20 pip.Jadi anda boleh la set kan TP anda pada harga 1.9923 iaitu 20pip (+3 spread) atas dari harga anda open posisi.

Stop Loss (SL):


“Stop Loss (SL)” pula digunakan untuk anda menetapkan berapa maximum kerugian yang anda sanggup tanggung sekiranya pergerakan chart melawan posisi anda.Misalnya anda Long (mengharapkan chart naik) GBP/USD pada harga 1.9000.Tapi apa yang berlaku ialah harga chart GBP/USD tadi turun dengan mendadak 100 pip. Sekiranya anda set kan stop loss anda 20pip iaitu pada harga 1.8980, secara automatiknya apabila price sampai pada harga 1.8980 tadi posisi anda akan di close dan anda hanya perlu tanggung kerugian sebanyak 20 pip sahaja daripada 100 pip.











Kelebihan menggunakan SL dan TP ini ialah anda tidak perlu berada di depan computer sepanjang masa untuk mengawal posisi anda.Anda hanya perlu set kan TP dan SL dan anda sudah boleh off kan pc anda.TP dan SL tetap akan trigger walaupun anda off kan pc anda ataupun electric terputus.Anda juga boleh terus setkan SL dan TP anda semasa membuat pending order.Pastikan TP dan SL anda melebihi 10 pip dari harga semasa iaitu kalau anda membuat buy pada harga 2.0000,TP anda mestilah paling kurang di 2.0010 dan stop loss anda mestilah paling kurang di 1.9980.


Take Profit sangat penting dalam urusniaga forex.Sekiranya anda tidak menetapkan TP,harga mungkin akan naik sehigga anda untung beratus-ratus dan dan turun mendadak menyebabkan anda rugi teruk.Sekiranya anda set TP,anda mungkin sudah close posisi anda sebelum price tersebut jatuh dan menyebabkan anda rugi.TP juga perlu lah bersesuaian dengan analisa anda.Misalnya anda terlalu takut rugi jadi apabila anda sudah untung 3pip,anda terus close posisi anda padahal harga tersebut terus naik sehingga 100 pip menyebabkan anda tak untung banyak.Tapi ok la dari rugi kan?



Jadikan Stop Loss sebagai kawan anda.Nasihat saya, jangan sesekali tidak meletakkan Stop Loss apabila anda membuka posisi.Tidak ada 100% kepastian dalam urusniaga forex.Setakat turun naik 100pip tu dalam 5 saat boleh berlaku. Kalau anda tidak setkan SL anda,sekiranya harga melawan posisi anda dengan terus menerus apa yang akan berlaku?? Sudah tentu akaun anda akan TOTAL LOSS (TL) iaitu wang anda sudah hangus..

JENIS-JENIS ORDER

Ada dua cara bagaimana hendak membuka posisi dalam urusniaga forex ini.


1. Instant execution (pesanan segera / terus masuk market).
2. Pending Order (pesanan tangguh / pasang pukat).

Untuk pesanan segera (instant execution) anda hanya perlu klick button “buy” atau “sell” di meta trader anda.Dengan segera broker anda akan membuka position yang anda beli tersebut.


Pesanan Tangguh (pending order) pula digunakan untuk membuka posisi bukan pada harga semasa.Terdapat empat jenis pesanan yang boleh anda lakukan iaitu Buy Stop,Sell Stop,Buy Limit dan Sell Limit.Di sini saya akan senaraikan kegunaan empat jenis pending order tersebut.













1.Buy Stop : 


Buy Stop digunakan untuk buy pada harga di atas harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa sekarang untuk EUR/USD ialah 1.6000.Anda hendak buy pada harga 1.6050 jadi anda boleh melakukan pending order Buy Stop sekiranya anda tidak mampu untuk berada di hadapan computer sepanjang masa.



2.Sell Stop:


Sell Stop pula tebalik kepada Buy Stop.Sell Stop boleh digunakan sekiranya anda ingin membuat pesanan sell pada harga bawah dari harga semasa.Sebagai contoh,EUR/USD sekarang berada pada harga 1.6050,anda ingin membuka pesanan sell pada harga 1.6000,jadi anda boleh la menetapkan Sell Stop pada harga 1.6000. 


3.Buy Limit:


Buy Limit digunakan untuk anda membuat pesanan buy pada harga bawah dari harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa USD/CAD sekarang berada pada 1.0000.Anda ingin membuka posisi buy pada harga 0.9990 jadi anda bolehlah menetapkan Buy Limit anda pada harga 0.9990 tersebut.


4.Sell Limit:

Sell Limit pula terbalik kepada buy limit.Sell Limit boleh digunakan untuk anda membuka posisi sell pada harga di atas harga semasa.Sebagai contoh,harga semasa USD/CAD sekarang ialah 1.0000,anda ingin membuka posisi sell pada harga 1.0040,jadi anda boleh ler menetapkan Sell Limit pada harga 1.0040 tersebut…..(ayat macam samer je semua).



Kelebihan pending order ialah anda tidak perlu berada di hadapan computer anda selama 24 jam sehari sampai termuntah.Sudah tentu sangat bosan menunggu chart bergerak semasa market tenang..Jadi anda hanya perlu set kan pending order anda pada price yang anda rasa sesuai untuk membuka posisi.

Maksud Lot atau pun Volume

Ape yang di maksudkan dengan Lot?


Apabila anda hendak membuka posisi,sudah tentu anda yang menentukan berapakah jumlah wang yang anda akan niagakan. Walau bagaimanapun,sesetengah broker tidak akan meminta berapa banyak kah wang anda yang nak di niagakan sebaliknya meminta anda memasukkan berapa Lot kah yang anda ingin niagakan. Seperti yang saya ceritakan di bab pengenalan,pada asasnya forex melibatkan sejumlah wang yang besar.Broker tidak akan menguruskan wang anda yang bernilai kecil. Oleh yang demikian, kebanyakan broker hanya akan membenarkan anda membuka posisi dengan kadar minima 0.1 Lot iaitu bersamaan 10 000 USD.


Kesimpulannya, Lot ialah jumlah wang yang akan anda niagakan.


10 Lot = 1 000 000 USD

1 Lot = 100 000 USD.

0.1 Lot = 10 000 USD


Anda tentu risau sekarang kerana anda tidak mempunyai modal sebanyak 10 000 usd tersebut. Jadi bagaimana hendak anda membuka satu posisi?? Jawapan nya sudah tentulah dengan leverage.


Lihat contoh di bawah:


Sebagai contoh, Leverage yang anda gunakan ialah 1:200. Jadi untuk membuka 0.1 Lot, anda hanya perlu ada wang sebanyak 50 usd dalam akaun anda kerana 50 usd x 200 leverage = 10 000 usd.Betul tak?


Kalau leverage yang anda gunakan ialah 1:100 pula,sudah tentu anda perlukan 100 usd untuk membuka 0.1 Lot kerana 100 usd x 100 leverage = 10 000 usd.Sudah faham sekarang?Kalau belum lagi..ulang-ulang la membaca agar anda mendapat kefahaman yang 
lebih mendalam.


Sekiranya anda membuka posisi dengan 0.1 Lot, setiap kenaikan/penurunan 1 pip anda akan untung/rugi 1 usd.Tak percaya? 


Lihat contoh di bawah:


Anda buy GBP/USD (beli GBP dengan wang USD) sebanyak 0.1 Lot (10 000 GBP) pada harga 2.0000 (1 GBP berharga 2 USD). Jadi anda perlu bayar adalah sebanyak 20 000 USD kerana 10 000 x 2.0000 = 20 000 USD.Selang beberapa saat kemudian, harga GBP/USD naik pada kadar 2.0001 (1pip). Anda pun terus menukarkan kembali wang 10 000 GBP anda tadi kepada USD. Berapa USD kah yang anda dapat? Sudah tentu jawapannya ialah 1 USD kerana 10 000 GBP x 2.0001 = 20 001 USD. Tengok? 1 pip bersamaan 1 usd bukan?



Lot tidak di guna pakai dalam penggunaan meta trader 4. Tetapi Lot di istilah kan sebagai Volume. Nama je lain,maksud sama je. Anda boleh jumpa istilah volume ini apabila hendak membuat order dalam platform meta trader4. 













Ingat!!! Anda boleh set kan berapakah nilai 1 pip anda dengan Lot. 1 Lot = 10 usd setiap pip. Sekiranya anda sanggup menanggung risiko kerugian yang besar,sudah tentu keuntungan yang bakal anda peroleh juga besar. Manage lah risiko untung anda dengan bijak.

MASIH LAGI KELIRU DENGAN LEVERAGE

Dalam sesebuah broker, leverage memainkan peranan penting samada anda untung atau rugi.Tanpa leverage, keuntungan anda mungkin hanya 0.0001 sen untuk setiap Dollar yang anda tradekan.

Leverage dalam bahasa melayu di sebutkan sebagai “daya ungkit/ Pinjaman”. Leverage jugak boleh ditafsirkan sebagai Kuasa Beli, maknanya semakin tinggi Leverage, bermakna semakin tinggi kuasa beli yang akaun anda. Leverage yang biasa ditawarkan oleh satu-satu Broker antaranya ialah 

1:50
1:100
1:200
1:400
1:500
1:1000



Apa maksudnye tuh?

Sekiranya anda memilih leverage 1:200 ini bermakna setiap 1 usd, wang anda bernilai 200 usd untuk di niagakan.Untuk mudah faham anggaplah untuk setiap 1 usd wang anda,broker bagi pinjam 200 usd.Kenapa nak kena pinjam duit broker pulak?? Ini kerana tanpa leverage keuntungan anda hanyalah 0.0001 sen per usd.

Bagaimana boleh jana duit beribu-ribu dengan sekelip mata dalam forex ialah kerana leverage.Lihat contoh di bawah.

Anggaplah anda ada 150 USD.
Harga EUR/USD berada pada 1.5000
Ini bermakna untuk membeli 1 EURO,anda perlu membayar 1.5000 USD.
Jadi anda pun membeli 100 EURO dengan harga 150 USD tanpa leverage daripada broker.
Jadi anda sekarang memegang 100 EURO.

30 minit kemudian, harga EUR/USD melonjak naik 50 pip disebabkan news interest rate pada pukul 2 pagi hari rabu.

Harga EUR/USD menjadi 1.5050.Terus anda tukarkan wang anda kepada USD kembali.
Berapakan keuntungan anda?Darab lerrr…

100 x 1.5050 = 150.50 USD.

Nampak? Anda telah untung 0.50 USD.Pada awalnya anda hanya beli dengan 150 USD,tapi bila dah jual,anda dapat 150.50 USD.Kan untung 0.50 USD tu.

Sikit gilerrr!!! 50 pip untung 50 sen jee.


Anda bengang…terus anda set leverage 1:200 dengan broker anda.

Anggaplah di metatrader anda sekarang masih ada 150 USD.
Harga EUR/USD telah jatuh semula pada 1.5000.
Anda pun buy dengan leverage 1:200 EUR/USD menggunakan 150 USD anda pada harga 1.5000.

Berapa EURO anda dapat?Baik lah..saya tahu anda tak pegang calculator sekarang..masaalah betul.
Mari kita kira sama-sama.

Anda ada 150 USD.Setiap 1 USD anda pinjam duit broker 200 USD.
Jadi wang anda dalam broker sekarang 30 000 USD.

Harga 1 EURO ialah 1.5000 USD.
30 000 / 1.5000 = 20 000 EURO
Jadi anda pegang 20 000 EURO.

Sejam kemudian,keluar la pulak news Employment Change dan harga EUR/USD sekali lagi melonjak ke 1.5050..terus anda jual balik 20 000 EURO anda.

Berapakan keuntungan anda?Mari kita kira…
20 000 x 1.5050 = 30 100 USD.
Anda pun memulangkan semua pinjaman dari broker tadi sebanyak 30 000 USD.
30 100 – 30 000 = 100 USD.

WOWWWWW!!!! Dalam masa sejam je anda dapat 100 USD dengan modal 150 USD.Berapa percent keuntungan anda dalam masa sejam??yaaa…60% daripada modal.Tengok…dalam masa sejam je anda dapat jana 60% daripada modal anda.Dari 150 USD telah menjadi 250 USD.Kalau anda melabur dalam public mutual,berapa percent anda dapat dalam masa sejam?Berapa percent keuntungan anda dalam setahun?50%??Tak sampai bang oii..cik oii.Ini lah potensi forex.Bezanya cuba public mutual takde risiko kerugian.Wang anda lebih selamat.


Perlu saya ingatkan disini bahawa leverage memainkan peranan sebagai serampang dua mata.Contoh di atas hanyalah untuk keuntung.Cuba anda bayangkan sekiranya yang berlaku adalah sebaliknya.Harga EUR/USD jatuh 50 pip.Sudah tentu kerugian anda juga sebanyak 100 USD.Wang anda hanya tinggal 50 USD.Anda rugi 100 USD dalam masa sejam.Adusss…pedihnya ku rasa.Givap terus trade forex dan anda pun laburlah baki wang anda dalam public mutual.Selamat sikit hehehe


So tuan2, trade forex bermakna anda bermain dengan risiko. Anda menukarkan risiko kepada keuntungan,semakin tinggi risiko yang anda sanggup tanggung,semakin besarlah keuntungan yang bakal anda perolehi,begitulah sebaliknya.Harga untuk menjadi trader yang professional cukup mahal..anda mungkin kehilangan beribu-ribu ringgit sebelum anda menjadi trader yang professional.Namun pecayalah,sekiranya anda telah berjaya digelar professional.Impian anda mula tercapai…bebas dari masalah kewangan.

Sekian..Hubungi saya 019-605 9761