Take Profit (TP):
“Take Profit (TP)” dalam bahasa Melayunya…nak cakap gak ke?Tak yah la kan. Dalam meta trader 4,take profit digunakan untuk anda set price close order sekiranya posisi anda tersebut telah untung.Misalnya anda telah membuat order long (ingat tak long tu amende?) untuk pair GBP/USD pada harga 1.9900.Anda ingin close order anda pada keuntungan 20 pip.Jadi anda boleh la set kan TP anda pada harga 1.9923 iaitu 20pip (+3 spread) atas dari harga anda open posisi.
Stop Loss (SL):
“Stop Loss (SL)” pula digunakan untuk anda menetapkan berapa maximum kerugian yang anda sanggup tanggung sekiranya pergerakan chart melawan posisi anda.Misalnya anda Long (mengharapkan chart naik) GBP/USD pada harga 1.9000.Tapi apa yang berlaku ialah harga chart GBP/USD tadi turun dengan mendadak 100 pip. Sekiranya anda set kan stop loss anda 20pip iaitu pada harga 1.8980, secara automatiknya apabila price sampai pada harga 1.8980 tadi posisi anda akan di close dan anda hanya perlu tanggung kerugian sebanyak 20 pip sahaja daripada 100 pip.
Kelebihan menggunakan SL dan TP ini ialah anda tidak perlu berada di depan computer sepanjang masa untuk mengawal posisi anda.Anda hanya perlu set kan TP dan SL dan anda sudah boleh off kan pc anda.TP dan SL tetap akan trigger walaupun anda off kan pc anda ataupun electric terputus.Anda juga boleh terus setkan SL dan TP anda semasa membuat pending order.Pastikan TP dan SL anda melebihi 10 pip dari harga semasa iaitu kalau anda membuat buy pada harga 2.0000,TP anda mestilah paling kurang di 2.0010 dan stop loss anda mestilah paling kurang di 1.9980.
Take Profit sangat penting dalam urusniaga forex.Sekiranya anda tidak menetapkan TP,harga mungkin akan naik sehigga anda untung beratus-ratus dan dan turun mendadak menyebabkan anda rugi teruk.Sekiranya anda set TP,anda mungkin sudah close posisi anda sebelum price tersebut jatuh dan menyebabkan anda rugi.TP juga perlu lah bersesuaian dengan analisa anda.Misalnya anda terlalu takut rugi jadi apabila anda sudah untung 3pip,anda terus close posisi anda padahal harga tersebut terus naik sehingga 100 pip menyebabkan anda tak untung banyak.Tapi ok la dari rugi kan?
Jadikan Stop Loss sebagai kawan anda.Nasihat saya, jangan sesekali tidak meletakkan Stop Loss apabila anda membuka posisi.Tidak ada 100% kepastian dalam urusniaga forex.Setakat turun naik 100pip tu dalam 5 saat boleh berlaku. Kalau anda tidak setkan SL anda,sekiranya harga melawan posisi anda dengan terus menerus apa yang akan berlaku?? Sudah tentu akaun anda akan TOTAL LOSS (TL) iaitu wang anda sudah hangus..
Selamat Sore,
ReplyDeleteKami tertarik untuk menawarkan afiliasi untuk anda.
Jika anda tertarik, anda dapat menghubungi saya kembali.
Regards,
Yudha