Sunday 6 November 2016

MASIH LAGI KELIRU DENGAN LEVERAGE

Dalam sesebuah broker, leverage memainkan peranan penting samada anda untung atau rugi.Tanpa leverage, keuntungan anda mungkin hanya 0.0001 sen untuk setiap Dollar yang anda tradekan.

Leverage dalam bahasa melayu di sebutkan sebagai “daya ungkit/ Pinjaman”. Leverage jugak boleh ditafsirkan sebagai Kuasa Beli, maknanya semakin tinggi Leverage, bermakna semakin tinggi kuasa beli yang akaun anda. Leverage yang biasa ditawarkan oleh satu-satu Broker antaranya ialah 

1:50
1:100
1:200
1:400
1:500
1:1000



Apa maksudnye tuh?

Sekiranya anda memilih leverage 1:200 ini bermakna setiap 1 usd, wang anda bernilai 200 usd untuk di niagakan.Untuk mudah faham anggaplah untuk setiap 1 usd wang anda,broker bagi pinjam 200 usd.Kenapa nak kena pinjam duit broker pulak?? Ini kerana tanpa leverage keuntungan anda hanyalah 0.0001 sen per usd.

Bagaimana boleh jana duit beribu-ribu dengan sekelip mata dalam forex ialah kerana leverage.Lihat contoh di bawah.

Anggaplah anda ada 150 USD.
Harga EUR/USD berada pada 1.5000
Ini bermakna untuk membeli 1 EURO,anda perlu membayar 1.5000 USD.
Jadi anda pun membeli 100 EURO dengan harga 150 USD tanpa leverage daripada broker.
Jadi anda sekarang memegang 100 EURO.

30 minit kemudian, harga EUR/USD melonjak naik 50 pip disebabkan news interest rate pada pukul 2 pagi hari rabu.

Harga EUR/USD menjadi 1.5050.Terus anda tukarkan wang anda kepada USD kembali.
Berapakan keuntungan anda?Darab lerrr…

100 x 1.5050 = 150.50 USD.

Nampak? Anda telah untung 0.50 USD.Pada awalnya anda hanya beli dengan 150 USD,tapi bila dah jual,anda dapat 150.50 USD.Kan untung 0.50 USD tu.

Sikit gilerrr!!! 50 pip untung 50 sen jee.


Anda bengang…terus anda set leverage 1:200 dengan broker anda.

Anggaplah di metatrader anda sekarang masih ada 150 USD.
Harga EUR/USD telah jatuh semula pada 1.5000.
Anda pun buy dengan leverage 1:200 EUR/USD menggunakan 150 USD anda pada harga 1.5000.

Berapa EURO anda dapat?Baik lah..saya tahu anda tak pegang calculator sekarang..masaalah betul.
Mari kita kira sama-sama.

Anda ada 150 USD.Setiap 1 USD anda pinjam duit broker 200 USD.
Jadi wang anda dalam broker sekarang 30 000 USD.

Harga 1 EURO ialah 1.5000 USD.
30 000 / 1.5000 = 20 000 EURO
Jadi anda pegang 20 000 EURO.

Sejam kemudian,keluar la pulak news Employment Change dan harga EUR/USD sekali lagi melonjak ke 1.5050..terus anda jual balik 20 000 EURO anda.

Berapakan keuntungan anda?Mari kita kira…
20 000 x 1.5050 = 30 100 USD.
Anda pun memulangkan semua pinjaman dari broker tadi sebanyak 30 000 USD.
30 100 – 30 000 = 100 USD.

WOWWWWW!!!! Dalam masa sejam je anda dapat 100 USD dengan modal 150 USD.Berapa percent keuntungan anda dalam masa sejam??yaaa…60% daripada modal.Tengok…dalam masa sejam je anda dapat jana 60% daripada modal anda.Dari 150 USD telah menjadi 250 USD.Kalau anda melabur dalam public mutual,berapa percent anda dapat dalam masa sejam?Berapa percent keuntungan anda dalam setahun?50%??Tak sampai bang oii..cik oii.Ini lah potensi forex.Bezanya cuba public mutual takde risiko kerugian.Wang anda lebih selamat.


Perlu saya ingatkan disini bahawa leverage memainkan peranan sebagai serampang dua mata.Contoh di atas hanyalah untuk keuntung.Cuba anda bayangkan sekiranya yang berlaku adalah sebaliknya.Harga EUR/USD jatuh 50 pip.Sudah tentu kerugian anda juga sebanyak 100 USD.Wang anda hanya tinggal 50 USD.Anda rugi 100 USD dalam masa sejam.Adusss…pedihnya ku rasa.Givap terus trade forex dan anda pun laburlah baki wang anda dalam public mutual.Selamat sikit hehehe


So tuan2, trade forex bermakna anda bermain dengan risiko. Anda menukarkan risiko kepada keuntungan,semakin tinggi risiko yang anda sanggup tanggung,semakin besarlah keuntungan yang bakal anda perolehi,begitulah sebaliknya.Harga untuk menjadi trader yang professional cukup mahal..anda mungkin kehilangan beribu-ribu ringgit sebelum anda menjadi trader yang professional.Namun pecayalah,sekiranya anda telah berjaya digelar professional.Impian anda mula tercapai…bebas dari masalah kewangan.

Sekian..Hubungi saya 019-605 9761

1 comment:

  1. 𝗩𝗣𝗦

    Perusahaan Fort Financial Services menyediakan penggunaan virtual private server (VPS, Virtual Private Server) pada pelanggannya yang menggunakan sistem perdagangan mekanis (Advisors) untuk berdagang.

    Layanan ini memungkinkan robot perdagangan bekerja lebih efisien karena koneksi internet broadband berkualitas tinggi, dan memungkinkan pedagang membuat penyesuaian tepat waktu pada kerja advisornya sesuai dengan kondisi pasar yang volatil.

    Layanan ini memberi pelanggan kami sejumlah keuntungan:

    Pengoperasian advisor yang tidak terganggu
    Pengoperasian advisor yang stabil
    Perdagangan 24 Jam dengan advisor
    Akses cepat ke akun perdagangan
    Kesempatan berdagang simultan dengan dua terminal
    Aktifkan VPS Anda sekarang dengan memilih tab Personal Account di server khusus virtual. Harap diperhatikan bahwa kami menyediakan VPS gratis

    ReplyDelete