Wednesday 3 August 2016

Info Ringkas Trading Forex

MASIH RAMAI YANG TAK FAHAM....

MALAS NAK BACA PANJANG-PANJANG....

Dibawah saya terangkan secara ringkas....

Apakah Forex?
Forex adalah singkatan Foreign Exchange yang bermaksud Tukaran Matawang Asing.

Apakah yang didagangkan dalam Forex?
Dagangan yang dilakukan adalah atas pergerakan turun naik nilai tukaran matawang (instrumen). Cth: Tukaran Matawang dari Pound Sterling ke USD adalah USD1.5910 bagi 1 Pound Sterling. Maka, pergerakkan turun naik tukaran inilah yang dijual/beli untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana boleh memperolehi keuntungan dari pergerakan matawang?
Merujuk kepada contoh di atas, sekiranya kita SELL/JUAL bila nilai tukaran menurun, kita akan mendapat keuntungan dan sekiranya kita BUY/BELI bila nilai tukaran menaik, kita akan mendapat keuntungannya.

Bagaimanakah dagangan dilakukan?
Dagangan dilakukan secara online menggunakan platfrom MetaTrader 4 (MT4) yang di sediakan oleh broker.
 


Siapakah broker yang akan digunakan?
Broker dagangan yang akan digunakan adalah broker luar negara yang berlesen dan dikawal selia.

Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan dagangan?
Modal serendah USD500.00 .

Adakah dagangan forex dibenarkan di Malaysia?
Di Malaysia, dagangan forex hanya dibenarkan melalui broker-broker yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia.

Adakah dagangan forex melalui online dibenarkan di Malaysia?
Pihak BNM tidak melarang rakyat Malaysia berdagang forex secara online asalkan pedagang mempunyai ilmu dan memilih broker yang berlesen serta dikawal selia.

Adakah dagangan forex HARAM?
Dagangan forex adalah satu urusniaga yang HARUS. Dagangan forex mestilah dijalankan tanpa SWAP/caj oleh broker. Pedagang forex juga mestilah memahami cara-cara dagangan forex agar ianya didagangkan dengan cara yang betul dan mendatangkan keuntungan kepada pedagang.

Kenapa Forex 


Tiada yuran pengurusan, tiada yuran clearing, tiada caj oleh kerajaan, tiada yuran broker. Kebanyakan broker hanya mengambil keuntungan melalui spread jual beli.

Dalam dagangan pasaran spot Forex, tiada orang tengah yang membantu anda membuat dagangan. Anda berdagang secara terus dengan broker melalui platform yang disediakan mengikut matawang yang ingin didagangkan.

Tiada tetapan lot untuk anda berdagang. Boleh berdagang dengan modal serendah USD500.00

Kos transaksi (spread) yang amat rendah, bergantung pada leverage yang digunakan.

Dagangan dijalankan 24 jam, 5 hari seminggu.



Perbandingan Forex dan saham



 Penerangan Lanjut boleh menghubungi saya atau tinggalkan komen anda dibawah....


best of luck

1 comment:

  1. Halo, boleh saya minta kontak anda? bila anda berkenan, saya ingin mendiskusikan kerja sama. Terimakasih

    ReplyDelete