Thursday 4 August 2016

Pakcik Soros dah Cakap dah....

Bi­lionair, George Soros yang mengaut keuntungan besar dengan menyerang mata wang pound sterling semasa krisis mata wang 1992 berkata, sterling akan merosot teruk sekiranya rakyat Britain memilih keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).
Taikun pelaburan itu meramalkan nilai sterling akan susut lebih tinggi berbanding peristiwa ‘Rabu Hitam’ yang memaksa Britain berundur daripada Mekanisme Kadar Tukaran Eropah pada 1992. Ramalan Soros itu disiarkan akhbar Guardian kelmarin. “Britain sekiranya keluar daripada EU, akan menyebabkan nilai sterling menurun secara mendadak sekali gus menyebabkan setiap isi rumah terjejas,” kata bilionair berusia 85 tahun itu.
Soros meramalkan nilai sterling berkurangan sekurang-kurangnya 15 peratus jika Britain keluar daripada EU. “Jika ini berlaku, satu pound sterling akan menyamai nilai satu euro. Tiada rakyat Britain mahu ini berlaku semasa menyertai EU dahulu,” tambahnya. Pihak yang menyokong Britain meninggalkan EU atau Brexit menuduh gerakan mengekalkan Britain dalam blok itu menggunakan taktik menakutkan rakyat. Kem tersebut mendakwa ekonomi negara akan terjejas teruk sekiranya Bri­tain meninggalkan EU.
Rakyat Britain akan mengundi esok bagi menentukan kedudukan negara itu dalam EU.Soros turut memberi amaran bahawa keluar daripada EU akan menyebabkan Britain mengalami kejatuhan harga rumah dan kehilangan pekerjaan. Situasi itu pula berisiko mencetuskan kemelesetan ekonomi.
“Undi Brexit akan menyebabkan sesetengah orang menjadi amat kaya tetapi rakyat jelata akan le­bih miskin. “Undi ini akan menyebabkan minggu tersebut berakhir dengan peristiwa ‘Jumaat Hitam’ yang membawa kesan negatif kepada rakyat biasa,” kata Soros.
Benda dah jadik, apa nak buek jang....

No comments:

Post a Comment